My Profile Pic ![]()
Hey Gaiys :) I'm The Queen Of This Bloggie . Bad Word Are Not Allowed Dear ;) Thanks . Follow Mine ^^
~MY GROUP~ ![]() ![]() ![]() ![]() Thanks
Skin by Little Miss //Suhaila Roslan
| Pendahuluan
Monday, 24 December 2012 | 23:05 | 0 gossip
Assalamualaikum....
Sebelum kita terus ke bahagian ajaran sesat,marilah kita sama-sama mengetahui apa itu aqidah???
Konsep akidah islam menceritakan tentang kaedah-kaedah serta cara-cara untuk menetapkan pegangan juga kepercayaan seseorang.Semua perkara akidah mesti berdasarkan dalil-dalil yang meyakinkan,sama ada dalil-dalil tersebut adalah; dalil naqli,dalil akli atau dalil berbentuk perasaan.
Perkataan aqidah berasal daripada kata kerja bahasa arab iaitu: 'aqada yang bermaksud simpul atau ikatan.Di dalam Al-Quran juga Allah SWT sering menggunakan perkataan ini dengan pengertian makna di atas seperti firman Allah SWT:
Maksudnya:Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), Kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibubapa dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu
|